Sunday 11 November 2012

UKHWAH FILLAH

perkongsian menarik drp seorang sahabat :)

UKHWAH FILLAH KERANA ALLAH =)

kalian tahu apa itu UKHWAH?????

jOm kita fikir sejenak,,,,,sape DIA sahabat kita yg benar2 dinamakan “SAHABAT”…cuba lihat kawan kita dikiri kanan ,depan belakang, jauh hatta yg sedang berada di sebelah kita sekarang…adakah kalian berUKHWAH dengannya??? jika dilihat kembali makna UKHWAH itu sendiri iaitu“menyatukan HATI dan ROH yg terikat dgn ikatan akidah yg satu.” Ikatan yg satu itu bermaksud bersama2 brpegang teguh dgn ajaran Allah (ajaran ISLAM) dan bersama2 berusaha mndapatkan keredhaanNYA agar UKHWAH yg trjalin diantara kita bukan berhenti setakat utk sekian waktu sahaja, bilamana kita rasa dia dah xDE kepentingan dlm hidup kita….TAPI apa yg kita NAK biarlah persahabatan yg trjalin ANTARA KITA SEMUA atas dasar UKHWAH fillah kerana Allah=)

Klu kita berkawan atas dasar UKHWAH, IMAN dan TAQWA, pastinya tiada rasa iri hati(dengki), sakit hati mahupun yg sekutu dgnnya. SBB APA???? Sebab kita akan bergerak dan berusaha BeRSAMA dlm apa jua keadaan sekalipun (ketika waktu senang mahupun susah) untuk mencapai sesuatu itu.

Adalah lebih MANIS dan BAHAGIANYA klu kita bersahabat dgn SESEORANG itu KERANA ALLAH, sbb sahabat kita itu akan SENTIASA mengingatkan kita KPD AKHIRAT bilamana kita lalai dgn perkara yg sia2…Biarlah kita brsahabat dengannya KERANA ALLAH TILL JANNAH =), bilamana disaat ketiadaannya kita akan rndu akan dirinya, rindu akan nasihat2nya, rindu akan kata2 semangatnya, rindu utk berada disampingnya kerana apa??? kerana UKHWAH yg terjalin itu telah disulam dan diikat dgn KASIH SAYANG ,KEJUJURAN dan KEIKHLASAN semuanya semata-mata utk mendpatkan keredhaan drpdNYA.

Bersamalah muhasabah diri utk menyemai perasaan itu dlm kita brUKHWAH=)

Friday 12 October 2012

Adam itu...

copy paste (facebook: Bercinta Selepas Nikah)

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...

Thursday 6 September 2012

:)

bismillaahirrahmaanirrahiiim :)
aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk meniti hari2 bersama dengan ibu bapa yang aku cintai, keluarga dan saudara-mara yang aku sayangi serta sahabat2 yg aku kasihi ..sungguh, terasa hidup ini begitu indah sekali ..alhamdulillah

"tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (hadis rasulullah s.a.w.)

nah, indahnya islam ..uniknya ukhwah islamiah dan silaturrahiim ..hargailah detik2 kehidupan yang sedia ada & jangan bersedih sekiranya kita kehilangan sesuatu ..apa yang miliki sekarang cuma pinjaman daripada Allah, Al-Kholiq iaitu Pemilik segala2nya ..sebaliknya ucapkanlah "semoga kita akan berjumpa lagi disana, iaitu alam akhirat yang kekal abadi" ..sebagaimana sabda rasulullah s.a.w "sesungguhnya kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai" ..jika bercinta, bercintalah sampai syurga, jika berkasih sayang, berkasih sayanglah sampai syurga dan jika merindui, merinduilah sampai syurga" :)

#diri ini sebenarnya mempunyai seorang abang ..namun Allah lebih penyayanginya dengan menyelamatkannya daripada masuk ke alam dunia yang penuh fitnah ini ..pasti abangku kelak akan menunggu dan menjemput ibu bapaku utk ke syurga bersamanya  #subhanAllah, besarnya rahsia Allah

Saturday 21 July 2012

ramadhan

marhaban wa ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak ..Ramadhan kareem ^_^


subhanAllah, subhnAllah, subhanAllah ..bahagianya rasa apabila melihat saudara2 seagamaku berpusu-pusu bagi memenuhi masjid2 dan surau2 di bulan Ramadhan al-mubarak ini ..Ramadhan yg dinanti, penuh dgn rahmat, karamah dan barakah ..masyaAllah, besar sungguh rahmat Allah ..suasana masjid yang penuh syahdu, ditambah kelunakan suara imam yang membacakan ayat2 Allah benar2 menggetarkan hatiku, disamping para2 malaikat yang melemparkan sayapnya, alhamdulillah ..ukhwah adalah kekuatan umat islam sungguhpun berlainan bangsa, latar belakang dan lapisan umur ..berbuka puasa dan bersolat jemaah bersama ..suasana hiba ini terasa seperti di sana ..sesunguhnya awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan Ramadhan adalah pengampunan dan akhir Ramadhan adalah pembebasan daripada api neraka ..amin2 ya rabb :)


seperkara lagi, suasana ini adalah satu petanda positif bahawa ramai umat islam memeriahkan rumah2 Allah  walaupun ianya berbeza daripada bulan2 lain ..inilah keistimewaan Ramadhan ..tidak perlulah kita memerli, bersikap jelek dan menganggap perkara ini pelik ..boleh jadi suatu saat kita dan mereka diberi hidayah olehNya untuk terus beristiqamah dalam bulan2 lain ..siapa tahu kan? ..sesungguhnya hidayah itu milik Allah ..ianya boleh diberi dan ditarik kembali ..pandanglah manusia dengan pandangan rahmat ..Allah mengetahui setiap jantung hati hamba2Nya..mantapkan yang fardu, tambahkan yang sunat .."Solat tarawih ialah sunat muakkad. Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat tarawih, dia tidak berdosa, akan tetapi seseorang itu akan mendapat dosa sekiranya mewujudkan perbalahan tentang bilangan rakaatnya sehingga menimbulkan pergeseran di antara umat islam di masjid"..


Ramadhan adalah madrasah tarbiah ..tarbiah bagi kita menahan diri ..bukan hanya menahan diri daripada nafsu makan dan minum tetapi perkara lain seperti memupuk sifat2 seperti SABAR, kurangkan berkata perkara yang sia2, lebih menyayangi ulama', berlatih bagi memperbaiki penutupan aurat baik bagi kaum lelaki atau perempuan dan amalan2 lain lagi ..dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasululllah s.a.w bersabda : Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari, janganlah dia bercakap kotor dan membuat kesalahan. Kalau ada orang yang memakinya atau hendak membunuhnya, hendaklah dia mengucapkan, "sesungguhnya saya orang yang berpuasa, sesungguhnya saya orang yang berpuasa" ..barangsiapa yang beriman apada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam ..kerana ramai penghuni neraka masuk kedalamnya atas dosa2 lidah dan kemaluan ..ramadhan adalah bulan kesabaran .."puasa adalah separuh separuh kesabaran" (riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramdhan yang sebelumnya ..semoga Ramadhan yang dilalui sehari-hari berlalu dengan peningkatan iman, taqwa dan kematangan dalam diri kita ..kepada saudara2 di syria, bergembiralah!..kerana kalian terpilih untuk bakal syahid di bulan mulia ini :)

Saturday 14 July 2012

insan biasa

sumber: facebook CINTA ALLAH CINTA ABADI

Kita ni insan biasa. Walaupun dari sekolah agama. Walaupun amik bidang agama. Dosa tetap ada. Setiap hari kita tidak terlepas dari dosa, samada sengaja ataupun tidak sengaja. Lagi-lagi yang berjiwa muda. Semua perkara nak cuba.

Rasulullah S.a.w bersabda pada umat Baginda termasuklah kita :

"Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)).

Jadi, siapa yang rasa diri dia berdosa,termasuk diri ini ,cepat2lah bertaubat pada yang Esa, sebelum ajal datang menjelma..

Wednesday 11 July 2012

tanda2 berkurangnya iman

sumber: facebook page Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah (copy paste)

Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

Sunday 8 July 2012

musafir

sungguh islam itu benar..
sungguh islam adalah satu-satunya agama yang syumul..
sungguh islamlah yang menerangkan peribadi seorang manusia itu..
bermusafir ..ya, itu yang islam anjurkan..
dengan bermusafir kita akan lebih kenal Pencipta Yang Maha Agong..
dengan bermusafir kita belajar menjadi hamba..
ya, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba..

perjalanan ku sekeluarga untuk menziarahi ibu saudara ku yang sakit membuat jiwaku sebak..
sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil, jika kita bersabar..
segala yang terjadi ada hikmahnya..
alhamdulillah, sakitnya beransur pulih :)
yang paling aku kagumi, mereka adalah sebuah keluarga yang penuh dengan kelembutan, keikhlasan dan kasih sayang..

keikhlasan seorang suami melindungi, memimpin tangan dan mengurut badan isterinya yang sakit..
keikhlasan anak2 yang menjaga ibu mereka dengan penuh rasa cinta dan belas kasihan bagi menggembirakan hatinya..
dan paling penting kasih sayang seorang ibu yang mahu melihat anak2 dan menantu supaya sentiasa disisinya..
ini benar-benar menyentuh hatiku..
ini membuatku bermuhasabah diri sebentar..
bahawa islam menganjurkan 2 konsep..
iaitu hablumminAllah wahablumminannas..
kita dunia ini bukan hidup berseorangan akan tetapi sentiasa berhubungan dengan manusia2 yang lainnya..
ya, wahamlumminannas sentiasa harus kita jaga..
sebagaimana sabda rasulullah..

 عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.
p/s: rasulullah s.aw. sendiri adalah insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang ..baginda adalah rahmatallil 'alamiin ..Allahumma solli 'alaa saidiana muhammad wa'alaa aalihi wasohbihi wasallam :)

Tuesday 3 July 2012

21 tahun..

hasbunAllahi wani'mal wakiil ..cukuplah bagi kami ni Allah, Dialah sebaik-baik tempat untuk diserahkan urusan :)



termenungku sendirian..
mengenangkan perjalanan hidupku sehari-hari..
bermula daripada saat aku akil baligh hinggalah kini..
dan situ jualah bermulanya tugas malaikat rakib dan atid..
yang menemaniku setiap saat dan ketika tanpa rehat..
mereka jualah yang mencatit segala amal baik dan burukku..
mungkin ada yang dicerca dan mungkin ada yang dipuji, astaghfirullah..
namun..
malaikat hanya dapat mencatit daripada pandangan luaran..
akan tetapi jantung hati setiap hamba2Nya tidak terlepas daripada pengawasanNya..
hatiku yang semakin berkarat dek dosa yang semakin menebal..
boleh jadi malaikat2 memuji-muji amal baik manusia itu..
akan tetapi semuanya akan lebur menjadi debu-debu berterbangan seandainya amalan2 tersebut bukanlah ikhlas semata-mata atas cintanya kepada ALLAH dan rasululllah s.a.w..
na'uzubillahi minzaaliq..
angka 21 bukanlah lagi dalam fasa remaja atau diistilahkan sebagai darah muda..
kerana dalam islam tiada fasa pertengahan..
jika para sahabat dan ulama'2 terdahulu sudah mula berjihad di jalan Allah sejak usia belasan tahun..
tapi mengapa aku masih di sini..
masih mencari-cari matlamat hidup ini..
bukankah kita dihidupkan ini sebagai khalifah untuk mentadbir bumi mengikut aturan Rabbnya..
bukankah Allah sudah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
aku seringkali hayal dengan cinta duniawi..
tetapi bukankah akhirat itu jua yang kekal abadi?..
sungguh syurga itu benar, neraka itu benar, alam barzakh itu benar..janji Allah sentiasa benar..
malu untuk aku nyatakan rasa simpati dan cintaku kepada saudara2 ku palestin, syria, mesir, iraq dan kashmir di mana pemuda dan pemudinya sedang bejihad dan berpegah teguh di atas tali Allah!
mereka sedang berjuang dengan iman! ..syahid di jalanNya adalah misi mereka..
seringkali ku bertanya..
di manakah umar al-khatab, di manakah salahuddin al-ayubi?
soalan ini sukar untuk aku jawab jika dalam diriku sendiri tidak ada ciri-ciri seperti dua insan soleh ini..
pepatah ada berkata.."jika mahu melihat islam tertegak di negaramu, tegaklah islam dalam dirimu dahulu"..
angka 21 bukanlah sekadar angka..
tetapi harus di isi dengan amalan2 kebaikan..
kerana masa untuk bertemu dengan Penciptanya semakin lama semakin hampir..
tarikhnya pula menjadi rahsia..
bukankah orang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati?
khusnul khotimah, itulah yang ku harapkan :)

p/s: hormati, cintai dan sayangilah ibu bapa kita dgn sepenuh hati kita ..kerana di situ letaknya redha Allah dan pintu syurga ..syurga cinta :)

Monday 2 July 2012

Surah Al Mulk

 
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Wednesday 27 June 2012

selamatkan aqidah

sumber: http://syiahmalaysia.blogspot.com/

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)

2. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185)

3. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103)

4. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)

5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.

6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)

8. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806)

9. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)

Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39

Monday 13 February 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

-copy paste drp facebook seorang hamba Allah-

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Saturday 11 February 2012

ya Rabbi

subhanAllah!
ya Rabbi..
dengan hanya satu perkataan luar biasa..
dengan hanya satu kalamMu yang mulia..
dengan hanya satu lafaz zikrullah..
telah mengubah hidupku..
masya'Allah! ..sungguh besar rahmatMu..
buat hamba yang hina ini..
yang tanpa segan silu meminta-minta kepadaMu..
meskipun nikmatMu membatasi langit yang meluas tinggi..
ya ..aku percaya, aku yakin, itu semua perancanganMu yang sempurna..
ya ..kerana Engkau Maha Mendengar..
mihnahMu telah mentarbiah diri..
ya ..alhamdulillah!
ingin sekali aku menggapai redhaMu dan cintaMu..
semoga cinta kepadaMu dan kekasihMu dapatku gapai..
itulah satu2nya cinta sejati lagi abadi..
"barangsiapa yang mencinta Allah dan rasulNya melebihi dirinya sendiri maka telah sempurnalah imannya"
ya ..insya'Allah!
kerana Engkau Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani..

Wednesday 8 February 2012

sajak :)

-copy paste je- >_<

♫•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫ ˙•٠•●❤
Ya Rabbi..,
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya, Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya..•٠•●❤

Ya Rabbi, Jika hatiku kau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasihmu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikkan kedamaian dalam kerisauan,
Temani dia dalam kesepian. ˙•٠•●❤

Ya Rabbi,
Ku titipkan cintaku pada-Mu untuknya,
Resapkanlah rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya Dalam cinta-Mu..
Kerana..aku sesungguhnya mencintai dirinya kerana-Mu,
Aamiin Ya Rabbal a’laamiin…. 

cinta rasul

drp rancangan 30 minit Ustaz Don :)
Ini adalah bahan rujukan yang digunakan oleh Ustaz Don : 
Syamil Muhammadiah, cetakan PTS (BM) / Telaga Biru (Indonesia) / Yayasan As-Sofa (Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al maliki) 

Insan Kamil (Sri Petaling)
Insan Tauladan Sepanjang Zaman (Darul Nukman)
Syamail Tirmidzi Syarah Syamail Muhammadiah
Maulana Mohd Zakaria Al-Kendahlan (Sri Petaling)


jom mencintai kekasih Allah, junjungan besar rasulullah s.a.w ..tak kenal maka tak cinta ..hayati sunnah rasululullah, sayangi apa yg rasulullah s.a.w. suka, pastinya kita akan merasai cinta yg sebenar-benar cinta ..kerana ketahuilah bahawa rasulullah sgt rindu & terlalu mencintai kita sebagai ummatnya ^_^

laukana bainana :(

Sunday 5 February 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMAD S.AW

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMAD S.AW

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Saturday 4 February 2012

facebook/muka buku :)

FACEBOOK boleh jadi.. tempat menambah DOSA PERCUMA bila :

1. Simpan gambar seksi, tidak menutup aurat..
2. Tempat mengumpat, mencaci, mengata, perli memperli, fitnah..
3. Post status tentang aib org lain, berunsur lucah, fakta yang menipu orang..
4. Wall - to - wall tentang keburukan orang lain..
5. Mencarut dalam post atau komen..
6. Sibuk berFB hingga melalaikan SOLAT..

TETAPI...

FACEBOOK boleh jadi.. tempat menambah PAHALA bila :

1. Bercerita tentang ilmu agama..
2. Saling berkongsi ilmu pengetahuan yang baik..
3. Saling bertukar pendapat tentang perkara kebaikan..
4. Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan..
5. Share post orang lain yang memberi manfaat kepada kebaikan..
6. Menyiarkan gambar atau video yang memberi manfaat kepada FACEBOOKERS..

p/s : Sekadar renungan. Tiada yang sempurna, terpulang kepada diri masing-masing untuk menjadikan ianya baik atau buruk. Sama sama kita muhasabah... ^^

maulirrasul

salam maulirrasul ..cintailah rasulullah s.a.w. krna baginda sgt menyayangi kita ..sgguh, mencintai rasulullah s.a.w. adalah tanda cinta kpd Allah ..dan tiada cinta yg lebih sejati drp cinta Allah dan kekasihNya rasulullah s.a.w.  ..ya rasulullah terimalah kami menjadi ummatmu, kami sgt merinduimu, syafaatkan kami :(

“Bahagialah siapa yang melihat ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku.

suatu hari..nabi bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"

sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

nabi tsenyum lalu bkata:"ya, mereka mulia tp ada yg lebih mulia"
para sahabat terdiam lalu bkata:"adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"
nabi berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu perjuanganku, tetapi bkn kalian yg aku maksudkan..

nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...

"wahai shbtku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksiknlah wahai sahabatku bhw AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! " :(


"Demi Tuhan yang mana nyawaku di tanganNya, tidak sempurna iman di antara kamu sehingga mencintai aku lebih dari mencintai bapanya dan anaknya." (HR Bukhari) ..Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad..

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata: Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata: Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar: Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar! (H.R. Muslim)

sumber: http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm

AIRMATA RASULULLAH SAW... 

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. 

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. 
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. 

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. 
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat 
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. 

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' 
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' 
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.. 
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. 
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.. 

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' 
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. 
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. 
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku' 
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? 
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi 

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 



LAW KANA BAINANA (seandainya rasulullah s.a.w masih bersama kita)

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Sunday 29 January 2012

jatuh hati bukan zina hati

 jatuh hati bukan zina hati.
sumber: facebook Syabab Musafir Kasih dan Hilal Asyraf

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).
Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.
Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:

عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً
Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.


1. dalil al-Quran di atas sudah mengatakan tak salah niat utk mengahwini ajnabi, mengingat, menyebut.
2. zina hati adalah khusus angan-angan, cita-cita yang mana cenderung utk melakukan zina dengan someone yg tidak halal.
3. ingat someone, jatuh cinta, berkenan adalah tidak salah. yang salah adalah bercinta dan terus bercinta tanpa mengetahui bila ntah nak nikah. tiada perancangan rapi


Jika pendam cinta tu sampai merosakkan diri, memudaratkan diri, maka cinta sebegini perlu dibuang jauh2. Tapi jika cinta dalam diam tu menyebabkan cinta kita pada Allah bertambah, adakah kita nak labelkan perasaan sebegini sebagai zina hati lagi? Tidak.
petikan drp note di facebook Hilal Asyraf ..islam tidak pernah menafikan fitrah ..bahkan islam menghargai fitrah & memandu sendiri fitrah mengikut landasan syariatkannya ^^

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

                Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.

Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

                Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

                Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

                Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

                Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

                Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

                Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

                Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

                Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
                Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
                Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
                Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
                Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

                Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

                “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

                Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

                Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

                “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
                “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

                Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

                Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

                “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
                “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
                -----------------------------------------------------------
                Perbualan di atas ini adalah SMS
                ------------------------------------------------------------

                Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

                “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
                “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
                “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
                Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

                Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

                Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

                Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

                Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

                Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

                Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

                Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

                Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

                Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

                Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

                Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
                Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
                Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
                Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

                Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.