Sunday 28 August 2011

jangan tinggalkanku

Jabir ibn Abdullah menceritakan, sabda Rasulullah SAW: "Jika Ramadhan berakhir, maka menangislah langit & bumi serta malaikat kerana meratapi musibah yang dideritai ummat Muhammad.."Para sahabat serentak bertanya :" Musibah apakah itu wahai Rasulullah?" ..Rasullah SAW menjawab: "Pemergian bulan Ramadhan. kerana selama berada di bulan Ramadhan seluruh amal ibadah dilipat-gandakn pahalanya, semua doa & permohonan dikabulkan & Allah menjauhkan siksaan."


"Ramadhan jangan tinggalkan aku..
mengapa cepat sekali masa berlalu..
sedikit kesal terbit diqalbu..
keluh aku dimalam sepiMu..
kerna masih belum cukup amal amalku..

Ramadhan jangan tinggalkan aku..
engkau singgah sekejap cuma..
kedatanganmu selalu dinanti semua..
hanya bagi yang mengerti luas rahmatNya..

tapi aku bagai terlupa..
masa dibiar pergi begitu saja..
hari diisi perkara lagha..
Lailatul QadrMu dapatkah aku merasa..
iman didada tak tahu bagaimana..
taqwa pula entah ditingkat berapa..
astaghfirullah..

Ramadhan jangan tinggalkan aku..
aidilfitri sudah lama dinanti..
semua sibuk persiapkan diri..
monolog aku didalam hati..
layakkah aku menyambutnya nanti?
bagaimana jika ini Ramadhan terakhirmu wahai diri?
malu aku menghadapMu ya Rabbi..

ya Allah..
jadikan Ramadhanku ini lebih baik dari sebelumnya..
semoga lipatganda amalku tidak terhenti di Ramadhan saja.."




(copy paste drp tumbler seorang hamba Allah)

Friday 26 August 2011

puasa & taqwa

rindulah & bersedihlah kerana ramadhan karim bakal meninggalkan kita ..kerana takut2 ini adalah ramadhan yg terakhir, wallahulam ..teruskan bermuhasabah diri & beristiqamah walaupun ramadhan telah berakhir ..
note: terase kerdil & lemah diri ini apabila imam tarawih di masjid berhampiran adalah seorang hafiz yang begitu mengagungkan ayat2 Allah ..begitu merdu & syahdu apabila mendengar ayat2 yang dibaca oleh beliau yang baru sahaja berusia 15 tahun ..di usia yang begitu muda, hamba Allah ini begitu matang mengisi masa2 remajanya ..tahniah kerana bakal melanjutkan pengajian di mesir ..terima kasih kerana sudi mengimami solat tarawih di masjid kami ..teruskan niat yg suci & semoga menjadi pendakwah berjaya suatu hari nanti, insya'Allah, amin.. 


PUASA ==> TAQWA 


Pesan imam Al-Syafiee, 3 ciri manusia yg meningkatnya taqwa..


1) Apabila seseorang itu pemurah walaupun hartanya kurang.
2) Seorang yang warak walaupun pada ketika itu dia bersendirian atau kurangnya manusia ..maksud warak iaitu manusia yg dapat mengawal diri daripada dosa, perkara shubhah, makhruh & lagha.
3) Berkata benar walaupun pahit seperti ketika berhadapan dgn orang berkuasa terhadap diri kita. 


lagi pesanan imam Al-Syafiee
Sumber : Sufinews.com


TIPUAN PALSU
Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia hinggap di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia yang terkena tipunya.

Bagi mereka,
Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya,
dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.

MENCINTAI AKHIRAT
Duhai orang yang senang memeluk dunia fana,
Yang tak kenal pagi dan sore dalam mencari dunia,
Hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu,
kepada duniamu itu.
Kerana kelak engkau akan berpelukan,
Dengan bidadari di syurga.
Apabila engkau harap menjadi penghuni syurga abadi,
maka hindarilah jalan menuju api neraka.

RENDAH HATI
Bagaimana mungkin kita dapat sampai ke Sa’ad,
Sementara di sekitarnya terdapat gunung-gunung
dan tebing-tebing. Padahal aku tak beralas kaki,
dan tak berkenderaan.
Tanganku pun kosong dan,
jalan ke sana amat mengerikan.

TENTANG CINTA
Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada~Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai~Nya,
pastilah engkau taati semua perintah~Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat~Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada~Nya.

KEPUASAN (QANA'AH)
Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan,
lalu kupegang erat-erat hujungnya.
Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta,
dan memerintah bak seorang raja.

ANUGERAH ALLAH
Aku melihat~Mu pada saat penciptaanku,
yang penuh dengan anugerah.
Engkaulah sumber satu-satunya,
pada saat penciptaanku.
Hindarkan aku dari anugerah yang buruk.
Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku,
hingga saat Engkau mematikanku.

Thursday 18 August 2011

10 malam terakhir ramadhan

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:  "Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu." 


Dari Aisyah radhiAllahu 'anhu berkata:  "Bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)

"Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta'ala, ertinya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan." (Surah al-Qadr: 1-3)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari)
Menurut ulama', sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya) ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya;
"Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam". (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)
Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu 'anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?"  Maka ujar Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam:  "Katakanlah:
"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."

Thursday 11 August 2011

tapi kita?

petikan drp notes facebook 'page kami alumni SMKA' ..muhasabah diri yg selalu alpa.. apakah beza kita dulu di zaman skola & sekarang?

Mereka kata...Kita ni pelajar  Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat ituMereka kata...Kita ni mejaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktuMereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak"Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita? Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita? Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...Mathurat tu ape ek? Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita...Pekara yang wajib pun entah ke mana Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’ Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja? Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

 Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atasa hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di susana SMK (A) satu ketika dahulu..

Tuesday 9 August 2011

khusyuk solat

BAGAIMANA UNTUK KHUSYUK SOLAT? 
 ~petikan drp note seorang peserta imam muda

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadatnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam berkata, " Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, " Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu mambasuh semua anggota wudhu' dengan air."

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.