Tuesday 24 May 2011

bangsaku tercinta

Bangsaku tercinta yg bergelar melayu Islam..
Hassan Al-Banna pernah berpesan, pendirian kita terhadap kepelbagaian kumpulan Islam (contohnya; PAS, UMNO, PKR) yang wujud hendaklah berasaskan kasih sayang, persaudaraan, saling bantu membantu dan memberikan janji setia. Agama Allah adalah mudah dan penuh hikmah. Seseorang yang bersikap keras dalam agama, dia akan dikalahkan.


bangsaku tercinta, tunjukkn kematangan...undi melayu berpecah kpd 3 iaitu UMNO, PAS dan PKR..kesannya, orang2 melayu hilang undi mejoriti di sesetengah tempat..bangsaku, kenapa masih bergaduh dan mengutuk sesama sendiri? ..sedangkah hammas dan fatah kini boleh bersatu atas nama rakyat Palestin, kita bila lagi?..sedarlah kalian bahawa situasi kita sekarang  sgt bahaya? ..baru2 ni timbul isu perjumpaan paderi2 kristian utk menjadikan agama kristian sbgai agama rasmi..mahu Perdana Menteri drp agama kristian, instituti raja 'mereka' tidak hormati, kemudian nak tukar perlembagaan negara..apakah relevennya?, dah lebih 50 tahun Malaysia mereka tp Perlembagaan Negara tidak dihayati malah perasaan perkauman semakin menebal, pemimpin melayu harus tegas dan jgn tunduk kpd prmintaan yg xmasuk akal drp bangsa2 lain semata-mata mahu meraih undi mereka..di Pulau Pinang tanah2 melayu semakin kurang, bagi yg kurang berkemampuan, mereka terpaksa kerluar drp negeri itu..hah, ibarat merempat di tanah melayu sendiri..tidak mustahil kita akan jadi seperti melayu Singapura, penduduk melayu tak mampu bersuara sedangkan lagu kebangsaan mereka masih dlm bahasa melayu..


Sajak berbisa dlm video di bawah dideklamasikan oleh negarawan negara, Tun. Dr. Mahathir Mohammad..WAJIB BACA..melayu, jangan lupa lagi..


1) Kontrak sosial sentiasa dipertikaikan oleh parti rasis dan perkauman melampau sprti DAP, iaitu parti cawangan drp parti PAP yg matlamatnya jelas ingin menghapuskan sebuah negara islam dan merampas negara ini. Setelah kemajuan negara dicapai, parti DAP dgn bongkak mahu mengambil negara ini..Pembangkang mahu merampas Putrajaya??..setelah Putrajya, KLCC, proton, komuter, KLIA dibina, dgn mudah sahaja mereka berhasrat mahu mengambil alih pemerintahan negara..melayu tidak akan membenarkan itu terjadi..


Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.


2)Kaum bukan melayu harus 'bersyukur'.
Dahulunya, kaum2 'bukan melayu' hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:
“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.” [10]
3) Bangsaku tercinta, perjuangan kita belum selesai bagi sesiapa yg mengaku mereka adalah melayu Islam Malaysia..Pertahankan bangsa melayu samalah seperti pertahankan agama Islam..wahai bangsaku tercinta, bangkitlah drp lamunan!!! 

Sunday 22 May 2011

kesayangan kita, cinta kita..

15 perkara yang anak boleh lakukan untuk menjaga hati insan yang sangat berjasa.
Bagaimana untuk berhalus dalam menjaga hati ibu bapa?

1. Ibu bapa akan sejuk hati jika cakap mereka ditaati dan diikut. Contoh mudah, kalau anak pandu kereta dan ayahnya duduk di sebelah memberi tunjuk jalan, ayah akan rasa senang jika anak ikut cakapnya walaupun si anak mungkin lebih tahu jalan dari ayahnya. Kalau anak bantah atau berkeras tidak mahu ikut, ayah mungkin sakit hati.

2. Semua orang suka dibahasakan dengan baik. Kalau anak bercakap lunak, tentu ibu bapa senang. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung. Sebab itu Allah sebut dalam al-Quran, hendaklah bercakap kepada ibu bapa dengan perkataan yang mulia; (Al-Israk: 23).

3. Ibu bapa mana yang tidak suka dan tidak rasa bahagia jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifat ringan tulang. Dengan ringan tulang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama, beroleh keberkatan dalam hidup ;Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.

4. Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)

5. Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekankan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka.

6. Pemberian dari ibu bapa jika dihargai, membuat hati mereka senang. Mungkin mereka beri sesuatu pada anak kita (cucunya) lalu kita beritahu anak itu supaya hargai pemberian nenek atau datuknya. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya.

7. Rasulullah s.a.w. sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya untuk diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa kurang diraikan atau kurang diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.

8. Meraikan ibu bapa juga merangkumi meraikan kenalan atau tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.)

9. Alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat. Dia tidak buat sesuatu yang dia tahu ibu bapanya tak suka. Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.

10. Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan lain-lain persoalan besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.

11. Kebanyakan ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak ;mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh, tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.

12. Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji kepada ibu bapa. Bila sudah berkeluarga sendiri, sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin berkurang sedikit. Bila ada duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat dia balik jenguk dan usahakan rawatan yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.

13. Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak cukup hanya kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya ;pengganti diri;, terutama jika mereka sudah lanjut usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai belaian tangan anak yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.

14. Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa; misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka. Ini tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.

15. Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak berhutang dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah s.a.w ;Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya ; (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Wednesday 18 May 2011

cinta dlm diam..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)


Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan memusnahkan izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu


Tuesday 17 May 2011

azabnye..

peringatan & renungan utk diriku yg lemah & leka ini..pedoman umat Islam keseluruhannya.. :) prkongsian ^-^


Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.


Sa'd bin Abi Waqaas, seorang daripada 10 orang yang dijanjikan syurga, di antara orang yang awal memeluk Islam berkata, beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang mereka yang lalai terhadap sembahyang. Baginda menjawab menyatakan bahawa mereka itu adalah orang yang melambat-lambatkan sembahyang. Mereka sembahyang tetapi mengambil ringan menyebabkan sembahyang di akhir waktu. Allah menjanjikan mereka ``Neraka Wail'', iaitu satu neraka yang amat sakit azabnya. Sesetengah ulama menyatakan Neraka Wail adalah satu lembah yang terdapat dalam Neraka Jahanam. Seandainya dilalukan bukit-bukit yang terdapat di dunia ini di atasnya, nescaya cair semuanya kerana sangat panas. Neraka itu adalah tempat tinggal mereka yang lalai terhadap ibadah sembahyang kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda menyatakan, apabila seseorang itu tidur, iblis akan mengikat di atas kepala orang yang berkenaan tiga ikatan. Iblis berkata, kau mempunyai masa tidur yang panjang. Tidurlah! Apabila orang yang berkenaan terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah, maka terhurailah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, maka terhurailah ikatan yang kedua, dan apabila orang yang berkenaan sembahyang, terhurailah ikatan yang ketiga. Dengannya orang yang berkenaan akan menghadapi waktu pagi dalam keadaan cergas, kalau tidak dia akan menghadapi waktu pagi dengan malas lagi monyok.
Apabila seseorang itu berwuduk, kumpulan iblis yang dinamakan ``Al-Wilhan'' akan datang mengganggu orang yang berkenaan, sehingga menyebabkan ada orang yang mengambil wuduk berjam-jam lamanya sehingga basah kuyup. Apabila seseorang itu mendirikan sembahyang, iblis dan syaitan akan mengganggu manusia ketika sembahyang; ketika sedang berniat, iaitu ketika membaca takbiratul ihram, menyebabkan niat itu dilakukan berulang kali. Ketika membaca Al-Fatihah, iblis dan syaitan mengganggu manusia, menyebabkan sesetengah orang mengulangi kalimah-kalimah Al-Fatihah berulang kali.


Artikel oleh: Hamba Allah yang mengemudi perjalanan web Oh! Islam.
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Di akhirat, 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. 
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. 
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. 

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” 

Friday 13 May 2011

prkongsian..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."

Tuesday 10 May 2011

perangkap????

perangkap??..huhuhh, bhaye sgguh ni~~sifat2 kat bwh ni sdikit sebanyak ade n xdpt lari drp diriku ini(t'jiwangs sebentar)..renungan brsama2 kte2, hihi :)

Sifat-sifat Mazmumah...
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahannam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' (QS An-Nisa': 120~121)


1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
Firman Allah SWT: "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (QS Al-A'raf:31)

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam." (HR Imam Muslim)

3. Ghadhab (pemarah)
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang dapat menjauhkan diri saya daripada kemurkaan Allah Azza wa Jalla? Baginda menjawab: "Janganlah kamu marah." (HR Imam Ahmad dan Ibnu Hibban).

4. Hasad (dengki)
Rasulullah SAW bersabda: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim).

5. Bakhil (kedekut)
Firman Allah SWT: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Ali-Imran: 180)

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim.” (HR At-Tirmidzi dan An-Nasa’i)

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
"Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah 'wahan' itu, hai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati." (HR Abu Daud)

8. Takabbur (sombong)
Allah SWT berfirman: "Sebenarnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka terangkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takabbur.'' (QS An-Nahl:23)

9. ‘Ujub (bangga diri)
Firman Allah bermaksud: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan tanganKu. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang (yang) lebih tinggi?" Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” (QS Shad: 75~76).

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah 'asy syirkul ashghar' (syirik kecil)." Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?" Baginda menjawab: "Riak.” (HR Imam Ahmad)

kritirea pemuda~~

iktibar utk diri ini  ^_* 

Kritirea pemuda..................... :)

  • Kuat agamanya
  • Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya
  • Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
  • Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
  • Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak boros
  • Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
  • Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
  • Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
  • Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • Bertanggungjawab
  • Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajah
  • Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan raih kebangkitan islam

Kita adalah singa-singa Ar-rohman
Hancur binasa musuh berbisa

Kita pejuang pembela kebenaran
Lepas belenggu runtuhkan angkara murka

Semangatmu bagai api menyala
Tergugahlah jiwa tuk turut berjuang

Pandangan matamu tebarkan cahaya
Hapus angan-angan raih kemenangan..raih kemenangan

Bangkitlah hai pemuda Islam
Kau tunas harapan penuh penantian
Wujudkanlah cita dan impian
dengan kekuatan kita kan berjaya


Bergerak ke depan raih kemenangan..
raih kemenangan..raih kemenangan!

- Ar Ruhul Jadid-
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya,
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

(sumber: www.iluvislam.com)