Saturday 21 July 2012

ramadhan

marhaban wa ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak ..Ramadhan kareem ^_^


subhanAllah, subhnAllah, subhanAllah ..bahagianya rasa apabila melihat saudara2 seagamaku berpusu-pusu bagi memenuhi masjid2 dan surau2 di bulan Ramadhan al-mubarak ini ..Ramadhan yg dinanti, penuh dgn rahmat, karamah dan barakah ..masyaAllah, besar sungguh rahmat Allah ..suasana masjid yang penuh syahdu, ditambah kelunakan suara imam yang membacakan ayat2 Allah benar2 menggetarkan hatiku, disamping para2 malaikat yang melemparkan sayapnya, alhamdulillah ..ukhwah adalah kekuatan umat islam sungguhpun berlainan bangsa, latar belakang dan lapisan umur ..berbuka puasa dan bersolat jemaah bersama ..suasana hiba ini terasa seperti di sana ..sesunguhnya awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan Ramadhan adalah pengampunan dan akhir Ramadhan adalah pembebasan daripada api neraka ..amin2 ya rabb :)


seperkara lagi, suasana ini adalah satu petanda positif bahawa ramai umat islam memeriahkan rumah2 Allah  walaupun ianya berbeza daripada bulan2 lain ..inilah keistimewaan Ramadhan ..tidak perlulah kita memerli, bersikap jelek dan menganggap perkara ini pelik ..boleh jadi suatu saat kita dan mereka diberi hidayah olehNya untuk terus beristiqamah dalam bulan2 lain ..siapa tahu kan? ..sesungguhnya hidayah itu milik Allah ..ianya boleh diberi dan ditarik kembali ..pandanglah manusia dengan pandangan rahmat ..Allah mengetahui setiap jantung hati hamba2Nya..mantapkan yang fardu, tambahkan yang sunat .."Solat tarawih ialah sunat muakkad. Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat tarawih, dia tidak berdosa, akan tetapi seseorang itu akan mendapat dosa sekiranya mewujudkan perbalahan tentang bilangan rakaatnya sehingga menimbulkan pergeseran di antara umat islam di masjid"..


Ramadhan adalah madrasah tarbiah ..tarbiah bagi kita menahan diri ..bukan hanya menahan diri daripada nafsu makan dan minum tetapi perkara lain seperti memupuk sifat2 seperti SABAR, kurangkan berkata perkara yang sia2, lebih menyayangi ulama', berlatih bagi memperbaiki penutupan aurat baik bagi kaum lelaki atau perempuan dan amalan2 lain lagi ..dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasululllah s.a.w bersabda : Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari, janganlah dia bercakap kotor dan membuat kesalahan. Kalau ada orang yang memakinya atau hendak membunuhnya, hendaklah dia mengucapkan, "sesungguhnya saya orang yang berpuasa, sesungguhnya saya orang yang berpuasa" ..barangsiapa yang beriman apada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam ..kerana ramai penghuni neraka masuk kedalamnya atas dosa2 lidah dan kemaluan ..ramadhan adalah bulan kesabaran .."puasa adalah separuh separuh kesabaran" (riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramdhan yang sebelumnya ..semoga Ramadhan yang dilalui sehari-hari berlalu dengan peningkatan iman, taqwa dan kematangan dalam diri kita ..kepada saudara2 di syria, bergembiralah!..kerana kalian terpilih untuk bakal syahid di bulan mulia ini :)

Saturday 14 July 2012

insan biasa

sumber: facebook CINTA ALLAH CINTA ABADI

Kita ni insan biasa. Walaupun dari sekolah agama. Walaupun amik bidang agama. Dosa tetap ada. Setiap hari kita tidak terlepas dari dosa, samada sengaja ataupun tidak sengaja. Lagi-lagi yang berjiwa muda. Semua perkara nak cuba.

Rasulullah S.a.w bersabda pada umat Baginda termasuklah kita :

"Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)).

Jadi, siapa yang rasa diri dia berdosa,termasuk diri ini ,cepat2lah bertaubat pada yang Esa, sebelum ajal datang menjelma..

Wednesday 11 July 2012

tanda2 berkurangnya iman

sumber: facebook page Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah (copy paste)

Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

Sunday 8 July 2012

musafir

sungguh islam itu benar..
sungguh islam adalah satu-satunya agama yang syumul..
sungguh islamlah yang menerangkan peribadi seorang manusia itu..
bermusafir ..ya, itu yang islam anjurkan..
dengan bermusafir kita akan lebih kenal Pencipta Yang Maha Agong..
dengan bermusafir kita belajar menjadi hamba..
ya, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba..

perjalanan ku sekeluarga untuk menziarahi ibu saudara ku yang sakit membuat jiwaku sebak..
sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil, jika kita bersabar..
segala yang terjadi ada hikmahnya..
alhamdulillah, sakitnya beransur pulih :)
yang paling aku kagumi, mereka adalah sebuah keluarga yang penuh dengan kelembutan, keikhlasan dan kasih sayang..

keikhlasan seorang suami melindungi, memimpin tangan dan mengurut badan isterinya yang sakit..
keikhlasan anak2 yang menjaga ibu mereka dengan penuh rasa cinta dan belas kasihan bagi menggembirakan hatinya..
dan paling penting kasih sayang seorang ibu yang mahu melihat anak2 dan menantu supaya sentiasa disisinya..
ini benar-benar menyentuh hatiku..
ini membuatku bermuhasabah diri sebentar..
bahawa islam menganjurkan 2 konsep..
iaitu hablumminAllah wahablumminannas..
kita dunia ini bukan hidup berseorangan akan tetapi sentiasa berhubungan dengan manusia2 yang lainnya..
ya, wahamlumminannas sentiasa harus kita jaga..
sebagaimana sabda rasulullah..

 عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.
p/s: rasulullah s.aw. sendiri adalah insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang ..baginda adalah rahmatallil 'alamiin ..Allahumma solli 'alaa saidiana muhammad wa'alaa aalihi wasohbihi wasallam :)

Tuesday 3 July 2012

21 tahun..

hasbunAllahi wani'mal wakiil ..cukuplah bagi kami ni Allah, Dialah sebaik-baik tempat untuk diserahkan urusan :)



termenungku sendirian..
mengenangkan perjalanan hidupku sehari-hari..
bermula daripada saat aku akil baligh hinggalah kini..
dan situ jualah bermulanya tugas malaikat rakib dan atid..
yang menemaniku setiap saat dan ketika tanpa rehat..
mereka jualah yang mencatit segala amal baik dan burukku..
mungkin ada yang dicerca dan mungkin ada yang dipuji, astaghfirullah..
namun..
malaikat hanya dapat mencatit daripada pandangan luaran..
akan tetapi jantung hati setiap hamba2Nya tidak terlepas daripada pengawasanNya..
hatiku yang semakin berkarat dek dosa yang semakin menebal..
boleh jadi malaikat2 memuji-muji amal baik manusia itu..
akan tetapi semuanya akan lebur menjadi debu-debu berterbangan seandainya amalan2 tersebut bukanlah ikhlas semata-mata atas cintanya kepada ALLAH dan rasululllah s.a.w..
na'uzubillahi minzaaliq..
angka 21 bukanlah lagi dalam fasa remaja atau diistilahkan sebagai darah muda..
kerana dalam islam tiada fasa pertengahan..
jika para sahabat dan ulama'2 terdahulu sudah mula berjihad di jalan Allah sejak usia belasan tahun..
tapi mengapa aku masih di sini..
masih mencari-cari matlamat hidup ini..
bukankah kita dihidupkan ini sebagai khalifah untuk mentadbir bumi mengikut aturan Rabbnya..
bukankah Allah sudah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
aku seringkali hayal dengan cinta duniawi..
tetapi bukankah akhirat itu jua yang kekal abadi?..
sungguh syurga itu benar, neraka itu benar, alam barzakh itu benar..janji Allah sentiasa benar..
malu untuk aku nyatakan rasa simpati dan cintaku kepada saudara2 ku palestin, syria, mesir, iraq dan kashmir di mana pemuda dan pemudinya sedang bejihad dan berpegah teguh di atas tali Allah!
mereka sedang berjuang dengan iman! ..syahid di jalanNya adalah misi mereka..
seringkali ku bertanya..
di manakah umar al-khatab, di manakah salahuddin al-ayubi?
soalan ini sukar untuk aku jawab jika dalam diriku sendiri tidak ada ciri-ciri seperti dua insan soleh ini..
pepatah ada berkata.."jika mahu melihat islam tertegak di negaramu, tegaklah islam dalam dirimu dahulu"..
angka 21 bukanlah sekadar angka..
tetapi harus di isi dengan amalan2 kebaikan..
kerana masa untuk bertemu dengan Penciptanya semakin lama semakin hampir..
tarikhnya pula menjadi rahsia..
bukankah orang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati?
khusnul khotimah, itulah yang ku harapkan :)

p/s: hormati, cintai dan sayangilah ibu bapa kita dgn sepenuh hati kita ..kerana di situ letaknya redha Allah dan pintu syurga ..syurga cinta :)

Monday 2 July 2012

Surah Al Mulk

 
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."