Wednesday 26 October 2011

jatuh..

aku jarang2 sekali jatuh cinta..
tapi..
jika sekali aku jatuh cinta..
akan ku cintainya sebetul-betulnya dan selama2nya :(

kerana hidup ini hanya sekali dan sementara..
alangkah ruginya jika cinta itu begitu mudah diberi kepada insan yang tak punya hak memilikinya..
kerana dibimbangi cinta itu tiada nilainya..
tambahan lagi apabila cinta itu tersasar daripada landasan syariat-Nya..

bukankah lelaki dan wanita diciptakan-Nya untuk saling mengenal?..
kata pujangga, lelaki soleh mendamaikan jiwa..
wanita solehah pula penyeri rumah tangga..
hidup bukanlah untuk menilai siapa soleh dan siapa solehah..
kerana jawapan itu hanya ada dalam diri..

sebagaimana kehadiran hawa bukanlah hanya pelengkap rusuk kiri adam..
tapi sebagai peneman untuk meraih redha-Nya..
cinta yang agung berlandaskan mujahidah kepadaNya..
agar si adam berupaya menarik si hawa merentasi taman-taman syurga..
dan dapat berkongsi manisnya iman yg dicari :)

No comments:

Post a Comment