Saturday 22 October 2011

jangan..

Assalaamualiakum warahmatullahi wabarakaatuh..
Segunung syukur ku kehadrad Illahi atas limpahan rahmatNya kerana masih diberi peluang utk bernafas di muka bumi-Nya.. sesungguhnya tidak ada cinta yg lebih barakah & maharnya drp cinta seorang hamba kpd Pencipta & cinta seorang umat kpd rasulullah ya habiballah.. berserta sulaman cinta seorang anak kepada iba bapanya..

jangan..
jangan pernah..
jangan sesekali kalian tertipu dgn status facebookku..
mahupun lagu-lagu yg dipost..
dan juga keratan-keratan ruangan di blogku..
kerana itu bukan pengukur iman dan taqwa seseorang..
         sebagimana firman-nya..............
"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati" (at-Taghaabun: 4)

jangan..
jangan pernah..
jangan sesekali mengkagumiku hanya kerana aku merupakan keluaran SMKA, 
ataupun sikap dan kelakuanku..
mahupun butir-butir kata-kataku..
kerana dibimbangi sifat tabarujj itu kelak akan memakan diriku, na'uzubillah hi minnzaliq..

kerana..
aku hanya insan biasa..
yang sinarnya tidak kelihatan dek pancaran terik matahari..
ibarat batuan yang tergeser..terlalu banyak khilafnya..
imanku pula entah ditahap berapa..
yang tidak dapat lari drp sifat-sifat mazmumah..
aku hanya hamba yg hina dan masih tergapai-gapai mencari redhaNya..

maka,
wahai saudara-saudari seagamaku..
seandainya..
seandainya suatu hari aku terjatuh dek terlalu mendambakan dunia..
seandainya suatu hari aku tergelincir daripada bermujahid kepadaNya..
seandainya suatu hari aku terleka dek cinta manusia yg tidak halal & tiada penghujungnya..
seandainya aku terlupa akan pekerjaanku utamaku sbgai seorang khalifah..

oleh yang demikian, 
segeralah kalian mengingatkanku dengan khoharNya, amaranNya beserta janjiNya..
kerana aku yakin nghafarNya selautan luas dan menggunung tinggi..
        sebagaimana firmanNya.............
“Katakanlah (kepada manusia): Wahai hamba-Ku yang telah merasa berdosa atas diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah dapat memberi ampun-Nya terhadap dosa seluruhnya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan Pengasih” (Surah az-Zumar, ayat 53).
bukankah dakwah itu suatu kewajipan?
sebagaimana firman-Nya..............
ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينھون عن المنكر
“Dan hendaklah ada antara kamu satu kumpulan yang mengajak melakukan kebaikan, melakukan segala perkara yang baik dan mencegah segala perkarayang salah” (Ali-‘Imran:104)

dakwah itu penting..
sampai bila masih mahu berada ditakluk yg sama..
sampai bila hendak melengah-lengahkan waktu untuk sentiasa mem'baharu'kan diri kita..
jadilah sebaik-baik pendosa; iaitu  yang sentiasa memohon kemapunan kepadaNya..
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."
-Imam Hasan Al-Basri-
p/s: keikhlasan itu hanya milik Allah ..semoga kita tidak tergolong dlm golongan orang2 munafik dan menjadi fitnah kepada agama islam.. na'uzubillah..
jazakallah khoiron :)

No comments:

Post a Comment