Monday 21 January 2013

Akhlak yang baik

Ciri² bagi sifat benar di dalam beragama ialah (sifat benar itu) jelas tampak pada akhlak & muamalah seseorang. Manakala tanda kekurangan pada sifat benar itu pula ialah ianya (sifat benar) tidak zahir pada akhlaknya bahkan terzahir sebaliknya.

Terdapat di kalangan manusia di mana semakin bertambah fahamnya tentang agama, semakin bertambah pula sikap kasarnya, banyak bermasam muka & kerap kali menghina masyarakatnya. Apakah iltizam seperti ini yang sepatutnya berlaku? ...

"Dinilai agama seseorang itu pada akhlaknya".

Ada 2 golongan manusia, salah satunya mendakwa merekalah golongan yang benar. Begitu juga golongan yang satu lagi mendakwa dengan dakwaan yang sama.
Oleh itu, apabila kamu mahu memilih salah satu antara keduanya maka LIHATLAH PADA AKHLAK MEREKA.
Di mana adanya akhlak yang tinggi, maka di situlah terdapatnya kesempurnaan agama. Dan di mana adanya akhlak yang tinggi, maka di situlah terdapatnya kesempurnaan ilmu.

Namun apabila akhlaknya itu tiada (dicabut) maka tiada lagi agama & tiada lagi ilmu.

~ Murabbi; Hb Ali Al-Jufri حفظه الله.


“Diriwayatkan dari Jabir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat kedudukannya denganku di hari kiamat kelak adalah orang yang terbaik akhlaqnya. Dan orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat kelak adalah tsartsarun, mutasyaddiqun dan mutafaihiqun.” Sahabat berkata: “Ya Rasulullah… kami sudah tahu arti tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa arti mutafaihiquun?” Beliau menjawab, “Orang yang sombong.” (HR. Tirmidzi, ia berkata ‘hadits ini hasan gharib’. Hadits ini dishahihkan oleh al-Albani dalam kitab Shahih Sunan Tirmidzi)”

~ http://akucintakanislam.blogspot.com/2011/09/orang-yang-paling-dekat-dengan-nabi-di.html

No comments:

Post a Comment