Monday 6 June 2011

ilmu

Pesan imam al-Ghazali tntg ilmu..

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah S.W.T, dan menambah penglihatanmu terhadap 'aib dirimu, dan menambah ma'irfatmu dalam engkau beribadat kepada Tuhan, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membuka pintu hatimu untuk mengenali bermacam2 penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.


http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?" (Mahmud bin Labid r.a)

Nabi (saw) bersabda: "Dunia ditegakkan dengan 4 perkara: orang berilmu yang mengamalkan ilmunya, orang bodoh yang tekun belajar, orang kaya yang tidak bakhil dengan kebaikan dan orang fakir yang tidak menjual akhiratnya."
Nabi (saw) bersabda: "Ketahuilah bahawa ilmu itu lebih baik dari amal. Seorang alim ialah yang mengamalkan ilmunya meskipun sedikit."(Madinah al-Balaghah,Jilid:1,ms:106)
Nabi (saw) bersabda: "Manusia yang paling lapar adalah orang yang mencari ilmu, manusia yang paling kenyang adalah orang yang tidak mahu mencarinya."(Kanz al-Ummal,no:28932)
Nabi (saw) bersabda: "Sesiapa yang mempelajari ilmu untuk dipamerkan, kebanggaan dan duniawi, Allah akan menghilangkan keberkatannya, menyempitkan hidupnya dan membiarkannya sendirian."(Wahj al-Balaghah)
Nabi (saw) bersabda: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, ia akan lebih banyak merosak daripada memperbaiki."(Wahj al-Fashahah)
Nabi (saw) pernah ditanya: "Apakah ilmu?," baginda (saw) menjawab, "Diam," baginda (saw) ditanya lagi, "Kemudian?," baginda (saw) menjawab, "Mendengar dengan penuh perhatian," baginda (saw) ditanya lagi, "Lalu?," baginda (saw) menjawab, "Mengamalkan apa yang dipelajari," baginda (saw) ditanya lagi, "Setelah itu?," baginda (saw) menjawab, "Menyebarkannya."(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:28)

Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Ilmu itu ada tiga bahagian: pemahaman dalam agama, pengetahuan tentang kesihatan tubuh badan dan kemampuan dalam mengendalikan lidah ketika berbicara."(Kunuz al-Hikmah,ms 365)
Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Tiga tanda orang berilmu: Ilmu, Sabar dan Diam."(Ibid, Jilid:2,ms:59)
Larangan Menuntut Ilmu Untuk Tujuan Duniawi :
Menurut ajaran Ahlul Bait (as), adalah dilarang bagi seseorang itu menuntut ilmu untuk tujuan duniawi mahupun peribadi.
Imam Ali bin Abi Thalib (as) bersabda: "Janganlah mencari ilmu kerana 4 sebab berikut:
1. Untuk membangga diri di hadapan orang yang alim,
2. Untuk berdebat dengan orang yang jahil,
3. Untuk mempamerkan diri kepada manusia,
4. Untuk menarik perhatian manusia demi menjamin kedudukan."(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:31)


No comments:

Post a Comment